RASUAH DI MALAYSIA

Definisi 'Rasuah' oleh Bank Dunia " Menyalahguna jawatan awam untuk kepentingan peribadi". Awam di sini merujuk kepada 'kerajaan dan 'peribadi kepada 'pegawai' atau 'individu' yang berkaitan
Bank Dunia juga membezakan antara 'rasuah pentadbiran' dengan 'rasuah poltik'. Di Malaysia rasuah pentadbiran lebih ketara berbanding dengan rasuah politik. Ini disebabkan di Malaysia berlakunya 'pempolitikan pentadbiran'
Akhir sekali, Bank Dunia membezakan di antara Grand Corruption dengan Petty Corruption. Grand Corruption melibatkan jumlah wang yang besar dan pegawai atasan ( yang kita sebut sebagai 'jerung') dan Petty Corruption melibatkan jumlah wang yang kecil dan pegawai rendah (yang kita sebut 'bilis'). Contoh Gran Corruption adalah PKFZ, PERWAJA dan sebagainya. Badan penguatkuasa seperti SPRM lebih berminat kepada kes-kes yang boleh diklasifikasikan kepada Petty Corruption.
Grand Corruption nampaknya lebih sinonim dengan Grand Coalition ala Barisan Nasional!!, Rasuah bukan sahaja melibatkan aspek EKONOMI ( sebagai contoh: ketirisan sumber), tetapi mempunyai kaitan dengan TAHAP DEMOKRASI. Lagi TINGGI tahap rasuah lagi RENDAH tahap demokrasi sesebuah negara.
Tahap demokrasi boleh diukur dari perspektif HAK SIVAL dan HAK POLITIK. Contoh hak sival (kebebasan awam) ialah hat untuk bersetuju dan untuk tidak bersetuju dan contoh hak politik ialah hak untuk berpartisipasi dalam proses pilihan raya yang bebas dan adil. Bagi tahun 1999, di kalangan anggota ASEAN, dari perspektif hak sival Malaysia berada dibelakang Filipina; dan dari perpektif hak politik Malaysia berada di belakang, Filipina, Thailand dan Indonesia.
Laporan-laporan Ketua Audit Negara bagi tahun-tahun 2006, 2007 dan 2008 memperlihatkan rasuah berlaku secara langsung dan secara tidak langsung. Dalam kes kontrak-kontrak kerajaan kerajaan rasuah berlaku apabila tender yang dikeluarkan adalah bersifat TERHAD dan secara RUNDING TERUS bukan TENDER TERBUKA. Maka kontraktor-kontraktor yang mendapat tender tersebut adalah terdiri dari mereka yang mempunyai HUBUNGAN POLITIK dengan pihak pemerintah. Besar kemungkinan kontraktor-kontraktor ini adalah mereka yang tidak mempunyai keupayaan dari segi KEWANGAN dan KEPAKARAN.
Contoh TENDER TERHAD dan kegagalan projek berdasarkan Laporan Ketua Audit negara tahun 2007. Kes pembinaan KOMPLEKS PASAR DATUK KERAMAT kendalian DBKL. Projek bernilai RM 34.12 juta TIDAK dilaksana dengan teratur. Syarikat terbabit PELARAS UTARA SDN BHD gagal melaksanakan walaupun TUJUH kali pelanjutan masa diluluskan. Syarikat baru (PEMBINAAN IKHASAS-MERAK SDN BHD) dilantik bagi menyelamatkan projek. Melibatkan KOS TAMBAHAN sebanyak RM 38.46 juta mengatasi kos asal bernilai RM 34.12 juta. Implikasi kepada kegagalan projek ini. PERTAMA, ia amat memalukan orang Melayu yang tinggal di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. KEDUA, kes ini secara tersirat melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka yang terlibat. KETIGA, banyak kes yang serupa dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit bagi tahun 2007 ( sebagai contoh ) bagi membolehkan SPRM bertindak tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.
Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 KONSISTEN dengan laporan TRANSPARENCY INTERNATIONAL, sebuah NGO antarabangsa mengenai rasuah bagi tahun berkenaan. Kedudukan Malaysia ialah pada tahap 5.1% mengikut ukuran Indeks Persepsi Rasuah berbanding markah penuh 10 % (paling tidak rasuah). Bagi tahun 2008 berikutnya, sungguhpun kedudukan Malaysia masih pada tahap 5.1% tetapi ia MEROSOT empat tangga berbanding negara-negara lain yang dikaji ( 180 buah negara semuanya ). Pada tahun 2007 kedudukan Malaysia adalah pada 43 tetapi pada 2008 merosot kepada 47. Ini semasa pentadbiran Pak Lah. Pada tahun 2009 kedudukan Malaysia terus menjunam kepada kedudukan ke 56, jatuh 9 tangga. Begitu juga dengan markah CPI. Pada tahun 2008, markahnya adalah 5.1%, tetapi pada 2009 (semasa Najib) ia turun kepada 4.5%
Kenapa kedudukan Malaysia dari segi ukuran Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tidak berubah tetapi makin memburuk? Bagi TAN SRI RAMON NAVARATNAM, Presiden Transparency International Malaysia, seorang yang berpengalaman dalam sektor awam, terdapat TIGA sebab kenapa ia berlaku yang melibatkan peranan kerajaan. PERTAMA, kerajaan tidak mengekang politik wang, KEDUA, tidak menjadikan urusan pembelian kerajaan lebih telus; dan KETIGA kerajaan tidak merombak Akta Rahsia Rasmi.
Setakat ini SPRM (dulu BPR) hanya bertindak ke atas 'bilis-bilis' tetapi membiarkan 'jerung-jerun' ( terutamanya di peringkat Menteri) lepas bebas, Di awal pemerintahan Pak Lah, Dr. Rais yatim membuat laporan tentang rasuah yang melibatkan mereka yang 'berkedudukan tinggi' melibatkan individu-individu seperti Rafidah Aziz dan Samy Vellu, perkara ini hilang begitu saja umpama Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!. Kita yakin dan bimbang mereka yang berprofil tinggi dalam PKFZ akan juga terlepas, kita jangan lupa dengan kes Ketua Menteri Melaka, Bekas Menteri Besar negeri Sembilan juga Khairy Jamaluddin yang mengamalkan Politik Wang telepas begitu saja tanpa sebarang tindakan dari segi undang-undang.
Apa nak jadi dengan Malaysia ni, JOM kita buat perubahan pada PRU 13.

1 MALAYSIA: KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH SEKULAR

1. ASAL USUL

Konsep atau nama '1Malaysia' dicadangkan oleh sebuah firma antarabangsa bernama APCO Worldwide yang beribu pejabat diWashington, DC. Ditubuhkan pada tahun 1984

CEO APCO Worldwide ialah Mergery Kraus, seorang Yahudi yang turut mencadangkan konsep atau nama '1Israel', antara negara yang pernah menjadi pelanggan APCO Worldwide adalah Kazakhtan dan Indonesia ( bertujuan merapatkan hubungan antara Indonesia dan US). Boleh dikatakan semua syarikat besar dunia adalah pelanggan kepada APCO Worldwide antaranya, British Airways, Microsoft dan Nokia.

Pertama kali Najib menggunakan konsep 1Malaysia ialah pada 3 April 2009 selepas beliau dilantik sebagai PM.

2.1MALAYSIA TIADA ASAS ISLAM

Semua Perdana Menteri sebelum ini prihatin terhadap Islam kerana memahami hakikat bahawa Melayu tidak boleh berpisah dari Islam. Bersama mereka ada ' projek-projek Islam'. Sebagai contoh, Tengku (PERKIM), Tun Abdul Razak (Mesjid Negara), Tun Hussein Onn (Bulan Dakwah), DR Mahathir (Penerapan Nilai-nilai Islam - DPNI), Pak Lah (Islam Hadari). Hanya Najib yang tak ada 'projek Islam'. Dari sudut ini beliau adalah PM yang paling sekular berbanding dengan PM-PM sebelum beliau.

Najib mendefinisi 1Malaysia sebagai " Satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia". 1Malaysia hanya merupakan satu gagasan, bukan satu idea yang konkrit. 1Malaysia juga berteraskan beberapa nilai penting. Apakah sumber nilai-nilai ini?? Kapitalisme?, Sosialisme? Atau Islam?

3.1MALAYSIA TIDAK ADA ASA TIORI YANG KUKUH

Percangahan antara 'teras-teras perpaduan' dengan 'nilai-nilai aspirasi'. Sebagai contoh, apakah yang dimaksudkan dengan sikap 'penerimaan' antar kaum? Kalau ada orang 'menerima' mesti ada orang yang ' memberi '. Di sini tidak jelas, sekiranya tidak jelas dibimbangi ia akan menjurus kepada 'assimilasi' dan bukannya 'integrasi'

Ada tujuh 'nilai-nilai aspirasi' yang terdiri dari : Budaya kecemerlangan, Budaya ketetapan (waktu), keberanian (inovasi dan peluang-peluang baru), kesetiaan terhadap tanah air, ketabahan (cabaran mendatang) dan akhirnya, integriti dalam semua urusan dan transaksi. Kita tidak tahu apakah asas berdirinya tujuh nilai-nilai aspirasi. Aspirasi adalah cita-cita yang boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja, kerana ianya tidak diikat dengan satu foundation yang kukuh ( dari segi ideologinya). Sekiranya 'nilai-nilai aspirasi' diikat dengan pragmatisme ia tidak akan bertahan lama. Ujian Dr. Mahathir dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Pak Lah dengan Islam Hadari turut gagal kerana kerana tidak mengambil kira tuntutan Islam yang syumul

Nilai-nilai aspirasi yang tidak mempunyai asas yang kukuh akan menjadi satu masalah atau susah untuk dioperasikan dalam bentuk penyediaan KPI (key Performance Index)

4.1MALAYSIA: PERCANGAHAN ANTARA TIORI DAN PRAKTIK

Selin penerapan 'nilai-nilai aspirasi' sebagai salah satu aspek utama pelaksanaan 1Malaysia, penerapan 'teras-teras perpaduan' juga merupakan satu lagi aspek utama gagasan 1Malaysia. Teras-teras perpaduan diasaskan kepada tiga perkara. Sikap" penerimaan" antar kaum, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara dan akhirnya keadilan sosial.

Kita telah mengkritik sikap' penerimaan' dan 'keadilan sosial' sebagai tidak mempunai sumber rujukan yang jelas. Perlembagaan Malaysia masih memperuntukan 'sistem quota' untuk kaum Bumiputra. Dasar-dasar terkini Najib terutamanya dasar-dasar ekonomi yang begitu liberal sudah semestinya bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan

5 KESIMPULAN

Tidak ada yang baru dengan gagasan 1Malaysia. Masih berlegar dengan ideal lama iaitu'integrasi nasional', 1Malaysia masih terikat dengan kekangan struktural sekaligus tidak akan mampu ke arah sebuah negara Malaysia yang maju, didukungi oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi mermatabatkan pada pandangan dundi, KEGAGALAN 1MALAYSIA

DAIRI MTD LUIT

4 Febuari 2010 yang lalu satu pertemuan antara kepimpinan tertinggi MTD Luit dengan Pimpinan DAP telah diadakan di Pejabat DAP Cawangan Sri Jaya, pertemuan berkenaan telah berjaya mengujudkan semagat kerjasama dalam pakatan rakyat, apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat dengan merangka beberapa program bersama.
Kedua-dua pihak juga bersetuju agar perbincangan serupa diadakan lebih kerap dengan memberikan penghormatan kepada kedua-dua parti menjadi tuan rumah kepada perbincangan dwi bulanan tersebut.
9 Febuari 2010 satu kunjungan hormat MTD Luit ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang dan mendaptkan penjelasan dan taklimat berhubungkait dengan perjalanan dan operasi Pejabat Pilihan Raya negeri Pahang.
Perbincangan dua hala antara pihak MTD Luit dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang berkisar tentang proses pendaftaran pemilih, Maklumat Pemilih dan pengundian serta beberapa undang-undang dan peraturan Pilihan Raya.
Majlis berkenaan telah dapat menjalin hubungan yang lebih mesra antara PAS Khasnya MTD Luit dengan pihak yang secara langsung mengandalikan proses pilihan raya.

GONALAH KITA NI WEH

Siapakah di kalangan orang Umno yang sanggup mencadangkan supaya Ketua Umno Bahagian Gua Musan, Tengku Razaleigh Hamzah dipecat dari parti ekoran kesediaan beliau mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan pakatan pembangkang?

Kelazimannya, mana-mana ahli parti tidak dibenarkan menyertai mana-mana majlis pembangkang, apatah lagi memainkan peranan penting seperti menjadi pengerusi, berucap mengambil bahagian atas apa juga niat.

Tengku Razaleigh sudah pun berucap dihadapan 20,000 hadirin di stadium Sultan Mohamed ke IV, Kota Bharu dalam majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco Kerejaan Negeri.

Khabarnya, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar juga hadir mengiringi Tengku Razaleigh, apa yang diperkatakan Tengku Razaleigh ketika berucap di stadium tidak perlu diperbahaskan kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab membuat perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan dahulu .

Tengku Razaleigh sudah berjaya mencetuskan kontroversi kerana kesanggupannya menerima jemputan dari parti pembangkang khususnya PAS, ini mengakibatkan Umno dan BN yang dipimpin oleh Najib Tun Razak seperti cacing kepanasan dengan tindakan yang diambil oleh Tengku Razaleigh.

Ketika ini bau busuk dan nanah yang keluar dari pekung di dada pemimpin Umno sukar untuk dicuci, setiap insan yang cintakan keadilan sudah tentunya akan mengajar Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

Slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN hanya tinggal slogan yang mati dan berkubur menjelang sambutan tahun baru 2010 yang lalu, apabila diiringi dengan kenaikan harga barangan keperluan dapur, mata dan hati Najib Tun Razak tertutup rapat dengan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang di pimpin oleh BN yang benderanya berlatarbelakangkan warna biru dan berlambangkan Dacing, tiada tindakan serius di atas laporan Ketua Audit Negara.

Selagi Umno dan BN menjadi peneraju negara yang tercinta ini, maka kita akan dihidangkan dengan seribu satu macam ketidakadilan, rakyat dijadikan tempat mendatangkan sumber kewangan kerajaan yang rakus, bila negara kekurangan dana maka naikan harga barangan keperluan harian, naikkan minyak, naikkan tol, naikkan letrik dan naikkan segala yang menjadi keperluan rakyaat.

Marilah kita sama-sama menjadikan pilihan raya ke 13 nanti sebagai satu nokhtah untuk Umno dan Barisan Nasional.

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

Jangan lepaskan peluang mengundi wakil yang anda sukai dalam pilihan raya. Hanya pemilih yang berdaftar sahaja boleh mengundi semasa pilihan raya.

BAHAGIAN A: PENDAFTARAN PEMILIH BARU

SYARAT-SYARAT MENDAFTAR

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 21 tahun ke atas
c. Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya
(mengikut alamat dalam kad pengenalan)
c. Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukan di dalam undangg-undang

DIMANA ANDA BOLEH MENDAFTAR

a. Pusat-pusat Pendaftaran Statik
i. Ibu Pejabat SPR
ii Pejabat-Pejabat Pilihan Raya negeri
iii Pejabat-Pejabat Pos berkomputer

b. Pusat-Pusat Pendaftaran Bergerak
i Unit Bergerak Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
ii Wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan yang tertentu

c. Pendaftaran Melalui Wakil-Wakil Parti Politik
i Penolong Pendaftar Pemilih Sementara (PAS)
Tuan Haji Mohd Nor bin Salleh 013-9840644
En Iswardi bin Ismail 019-9854725
Sh. Abd Halim bin Sh. Hassan 019-9101320

BAGAIMANA ANDA HENDAK MENDAFTAR

a. Hadir sendiri ke pusat-pusat pendaftaran yang ditetapkan ATAU MENGHUBUNGI
Penolong Pendaftar Pemilih (Sementara) dari pihak PAS
b. Bawa bersama kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri sementara iaitu KPPK
09/KPPK011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
c. Mengisi borang permohonan (Borang A)

BAHAGIAN B: MEMBUAT PERTUKARAN PUSAT MENGUNDI

Jika anda telah bertukar alamat tempat tinggal, sila buat pertukaran Pusat Mengundi, Ini membolehkan anda mengundi di Pusat mengundi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PERTUKARAN PUSAT MENGUNDI

a. Datang sendiri ke pusat-pusat pendaftaran yang telah ditetapkan (kecuali pendaftaran melalui
parti politik)
b. Membawa dokumen yang membuktikan anda telah membuat pertukaran alamat di Jabatan
Pendaftaran negara, ATAU di Pejabat Pos berkomputer.
c. Mengisi borang permohonan (Borang A)

BAHAGIAN C: PASTIKAN MAKLUMAT ANDA DALAM DAFTAR PEMILIH ADALAH TEPAT

Kerjasama anda dipohon untuk menyemak Daftar Pemilih bagi menentukan maklumat anda seperti no. kad pengenalan, ejaan nama, jantina dan no rumah (alamat) adalah tepat

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBUAT SEMAKAN

a. Melalaui laman web SPR di http://www.spr.gov.my/
b. Datang sendiri ke Ibu Pejabat SPR atau ke Pejabat Pilihan Raya Negeri
c. Menelefon ke Ibu pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri
d. Menyemak buku Daftar Pemilih yang dijual oleh SPR
e. Melalui unit Bergerak SPR
f. Melalui Bilik Gerakan PAS DUN Luit 013-9169950

Jika terdapat sebarang kesilapan, sila maklumkan sama ada ke Ibu Pejabat SPR atau pun Pejabat Pilihan Raya Negeri secara bertulis butiran-butiran peribadi yang hendak diperbetulkan

BAHAGIAN D: BANTUAN ANDA DIPERLUKAN UNTUK MEMBERSIH DAFTAR PEMILIH

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengeluarkan senarai kematian daripada Daftar Pemilih sepanjang tahun. Jika anda ketahui mana-mana pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia tetapi nama mereka masih tersenarai didalam Daftar pemilih, sila kemukakan dokumen-dokumen berikut kepada Ibu pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri atau menghubungi Penolong Pendaftar Pemilih (Sementara) dari PAS atau menghubungi Bilik Gerakan PAS DUN Luit dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:-

a. Permit Mengubur, atau
b. Sijil Kematian

PENDAFTARAN SEPANJANG TAHUN

Proses pendaftaran pemilih baru dan pertukaran alamat dibuka sepanjang tahun

MAKLUMAN

Sebarang keterangan lanjut sila hubungi

i. SPR Malaysia 03-88856500
ii. Pejabat Pilihan Raya negeri Pahang 09-5165025
iii. Bilik Gerakan PAS DUN Luit 019-9169950

BERTINDAKLAH SEGERA.

Hantar artikel/hubungi kami


Nama anda
Email anda
Perkara/tajuk
Masssage
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]