GONALAH KITA NI WEH

Siapakah di kalangan orang Umno yang sanggup mencadangkan supaya Ketua Umno Bahagian Gua Musan, Tengku Razaleigh Hamzah dipecat dari parti ekoran kesediaan beliau mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan pakatan pembangkang?

Kelazimannya, mana-mana ahli parti tidak dibenarkan menyertai mana-mana majlis pembangkang, apatah lagi memainkan peranan penting seperti menjadi pengerusi, berucap mengambil bahagian atas apa juga niat.

Tengku Razaleigh sudah pun berucap dihadapan 20,000 hadirin di stadium Sultan Mohamed ke IV, Kota Bharu dalam majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco Kerejaan Negeri.

Khabarnya, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar juga hadir mengiringi Tengku Razaleigh, apa yang diperkatakan Tengku Razaleigh ketika berucap di stadium tidak perlu diperbahaskan kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab membuat perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan dahulu .

Tengku Razaleigh sudah berjaya mencetuskan kontroversi kerana kesanggupannya menerima jemputan dari parti pembangkang khususnya PAS, ini mengakibatkan Umno dan BN yang dipimpin oleh Najib Tun Razak seperti cacing kepanasan dengan tindakan yang diambil oleh Tengku Razaleigh.

Ketika ini bau busuk dan nanah yang keluar dari pekung di dada pemimpin Umno sukar untuk dicuci, setiap insan yang cintakan keadilan sudah tentunya akan mengajar Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

Slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN hanya tinggal slogan yang mati dan berkubur menjelang sambutan tahun baru 2010 yang lalu, apabila diiringi dengan kenaikan harga barangan keperluan dapur, mata dan hati Najib Tun Razak tertutup rapat dengan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang di pimpin oleh BN yang benderanya berlatarbelakangkan warna biru dan berlambangkan Dacing, tiada tindakan serius di atas laporan Ketua Audit Negara.

Selagi Umno dan BN menjadi peneraju negara yang tercinta ini, maka kita akan dihidangkan dengan seribu satu macam ketidakadilan, rakyat dijadikan tempat mendatangkan sumber kewangan kerajaan yang rakus, bila negara kekurangan dana maka naikan harga barangan keperluan harian, naikkan minyak, naikkan tol, naikkan letrik dan naikkan segala yang menjadi keperluan rakyaat.

Marilah kita sama-sama menjadikan pilihan raya ke 13 nanti sebagai satu nokhtah untuk Umno dan Barisan Nasional.

Comments :

0 comments to “GONALAH KITA NI WEH”

Post a Comment

Hantar artikel/hubungi kami


Nama anda
Email anda
Perkara/tajuk
Masssage
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

 
Powered By Blogger