RASUAH DI MALAYSIA

Definisi 'Rasuah' oleh Bank Dunia " Menyalahguna jawatan awam untuk kepentingan peribadi". Awam di sini merujuk kepada 'kerajaan dan 'peribadi kepada 'pegawai' atau 'individu' yang berkaitan
Bank Dunia juga membezakan antara 'rasuah pentadbiran' dengan 'rasuah poltik'. Di Malaysia rasuah pentadbiran lebih ketara berbanding dengan rasuah politik. Ini disebabkan di Malaysia berlakunya 'pempolitikan pentadbiran'
Akhir sekali, Bank Dunia membezakan di antara Grand Corruption dengan Petty Corruption. Grand Corruption melibatkan jumlah wang yang besar dan pegawai atasan ( yang kita sebut sebagai 'jerung') dan Petty Corruption melibatkan jumlah wang yang kecil dan pegawai rendah (yang kita sebut 'bilis'). Contoh Gran Corruption adalah PKFZ, PERWAJA dan sebagainya. Badan penguatkuasa seperti SPRM lebih berminat kepada kes-kes yang boleh diklasifikasikan kepada Petty Corruption.
Grand Corruption nampaknya lebih sinonim dengan Grand Coalition ala Barisan Nasional!!, Rasuah bukan sahaja melibatkan aspek EKONOMI ( sebagai contoh: ketirisan sumber), tetapi mempunyai kaitan dengan TAHAP DEMOKRASI. Lagi TINGGI tahap rasuah lagi RENDAH tahap demokrasi sesebuah negara.
Tahap demokrasi boleh diukur dari perspektif HAK SIVAL dan HAK POLITIK. Contoh hak sival (kebebasan awam) ialah hat untuk bersetuju dan untuk tidak bersetuju dan contoh hak politik ialah hak untuk berpartisipasi dalam proses pilihan raya yang bebas dan adil. Bagi tahun 1999, di kalangan anggota ASEAN, dari perspektif hak sival Malaysia berada dibelakang Filipina; dan dari perpektif hak politik Malaysia berada di belakang, Filipina, Thailand dan Indonesia.
Laporan-laporan Ketua Audit Negara bagi tahun-tahun 2006, 2007 dan 2008 memperlihatkan rasuah berlaku secara langsung dan secara tidak langsung. Dalam kes kontrak-kontrak kerajaan kerajaan rasuah berlaku apabila tender yang dikeluarkan adalah bersifat TERHAD dan secara RUNDING TERUS bukan TENDER TERBUKA. Maka kontraktor-kontraktor yang mendapat tender tersebut adalah terdiri dari mereka yang mempunyai HUBUNGAN POLITIK dengan pihak pemerintah. Besar kemungkinan kontraktor-kontraktor ini adalah mereka yang tidak mempunyai keupayaan dari segi KEWANGAN dan KEPAKARAN.
Contoh TENDER TERHAD dan kegagalan projek berdasarkan Laporan Ketua Audit negara tahun 2007. Kes pembinaan KOMPLEKS PASAR DATUK KERAMAT kendalian DBKL. Projek bernilai RM 34.12 juta TIDAK dilaksana dengan teratur. Syarikat terbabit PELARAS UTARA SDN BHD gagal melaksanakan walaupun TUJUH kali pelanjutan masa diluluskan. Syarikat baru (PEMBINAAN IKHASAS-MERAK SDN BHD) dilantik bagi menyelamatkan projek. Melibatkan KOS TAMBAHAN sebanyak RM 38.46 juta mengatasi kos asal bernilai RM 34.12 juta. Implikasi kepada kegagalan projek ini. PERTAMA, ia amat memalukan orang Melayu yang tinggal di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. KEDUA, kes ini secara tersirat melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka yang terlibat. KETIGA, banyak kes yang serupa dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit bagi tahun 2007 ( sebagai contoh ) bagi membolehkan SPRM bertindak tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.
Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 KONSISTEN dengan laporan TRANSPARENCY INTERNATIONAL, sebuah NGO antarabangsa mengenai rasuah bagi tahun berkenaan. Kedudukan Malaysia ialah pada tahap 5.1% mengikut ukuran Indeks Persepsi Rasuah berbanding markah penuh 10 % (paling tidak rasuah). Bagi tahun 2008 berikutnya, sungguhpun kedudukan Malaysia masih pada tahap 5.1% tetapi ia MEROSOT empat tangga berbanding negara-negara lain yang dikaji ( 180 buah negara semuanya ). Pada tahun 2007 kedudukan Malaysia adalah pada 43 tetapi pada 2008 merosot kepada 47. Ini semasa pentadbiran Pak Lah. Pada tahun 2009 kedudukan Malaysia terus menjunam kepada kedudukan ke 56, jatuh 9 tangga. Begitu juga dengan markah CPI. Pada tahun 2008, markahnya adalah 5.1%, tetapi pada 2009 (semasa Najib) ia turun kepada 4.5%
Kenapa kedudukan Malaysia dari segi ukuran Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tidak berubah tetapi makin memburuk? Bagi TAN SRI RAMON NAVARATNAM, Presiden Transparency International Malaysia, seorang yang berpengalaman dalam sektor awam, terdapat TIGA sebab kenapa ia berlaku yang melibatkan peranan kerajaan. PERTAMA, kerajaan tidak mengekang politik wang, KEDUA, tidak menjadikan urusan pembelian kerajaan lebih telus; dan KETIGA kerajaan tidak merombak Akta Rahsia Rasmi.
Setakat ini SPRM (dulu BPR) hanya bertindak ke atas 'bilis-bilis' tetapi membiarkan 'jerung-jerun' ( terutamanya di peringkat Menteri) lepas bebas, Di awal pemerintahan Pak Lah, Dr. Rais yatim membuat laporan tentang rasuah yang melibatkan mereka yang 'berkedudukan tinggi' melibatkan individu-individu seperti Rafidah Aziz dan Samy Vellu, perkara ini hilang begitu saja umpama Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!. Kita yakin dan bimbang mereka yang berprofil tinggi dalam PKFZ akan juga terlepas, kita jangan lupa dengan kes Ketua Menteri Melaka, Bekas Menteri Besar negeri Sembilan juga Khairy Jamaluddin yang mengamalkan Politik Wang telepas begitu saja tanpa sebarang tindakan dari segi undang-undang.
Apa nak jadi dengan Malaysia ni, JOM kita buat perubahan pada PRU 13.

Comments :

0 comments to “RASUAH DI MALAYSIA”

Post a Comment

Hantar artikel/hubungi kami


Nama anda
Email anda
Perkara/tajuk
Masssage
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]