PAS yakin akan Pakatan Rakyat dapat mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam pilihan raya Umum ke 13 nanti berpandukan kepada dua perkara utama, iaitu " Perubahan Politik Dunia " dan " Intergriti " dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut Naib Presiden PAS Pusat YB Salehuddin bin Ayob dalam pandangannya semasa program ceramah umum di kampung Luit, Maran, Pahang pada 6.1.2010 yang lalu, beliau menyorot bagaimana masyarakat kulit putih memilih Barak Husin Obama seorang yang berkulit hitam menjadi Presiden Amerika Syarikat, walaupun pada satu ketika dahulu golongan ini dianggap penghuni kelas rendah di negara-negara yang dikuasi oleh masyarakat Eropah yang berketurunan kulit putih, begitu juga di negera Jepun, penduduknya membuat perubahaan menumbangkan parti LDP yang telah memerintah Jepun hampir 60 tahun
Jika dilihat perkembangan ini beliau merasa yakin bahawa penduduk Malaysia bersedia membuat perubahan kepada Pakatan Rakyat yang mempunyai aset yang tiada pada Umno dan komponan BN iaitu intergriti. Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa ketelusan dan kemampuan menguruskan Negeri yang di perintah sehingga mendapat pujian dalam Laporan Ketua Odit Negara berbanding dengan Negeri yang di perintah oleh BN.
Perkembangan mutakhir ini telah banyak membongkar rahsia BN seperti kehilangan enjin jet TUDM, penyelewengan PKFZ, " merompak " demokrasi di negeri Perak, salah laku mora para pemimpin tertinggi dalam BN. disamping kegagalan mentadbir khazanah negara, apabila bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahatir Mohamad melahirkan rasa tidak senang beliau dengan dana yang diberikan oleh pihak Petronas sebanyak RM 270 billion bermula dari 2004 hingga 2008 yang lalu.
Kegagalan mengurus yang cekap telah membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang pada 1.1.2010 bukan sahaja gula tetapi kebanyakan barang keperluan dapur juga turut dinaikkan.
Menurut Salehuddin lagi, beliau yakin rakyat akan membuat penilian dan membuat perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Comments :

0 comments to “ ”

Post a Comment

Hantar artikel/hubungi kami


Nama anda
Email anda
Perkara/tajuk
Masssage
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

 
Powered By Blogger